Home Artikel PAS Wilayah

Program Edar Risalah PAS Kawasan Batu Tarik Minat Pengunjung

94 views
SHARE

TAMAN DATO SENU, 26 SEPTEMBER 2017 – PAS Kawasan Batu bersama bakal calon P115 Parlimen Batu, Pn. Hajah Salbiah Abd Wahab telah turun padang menyantuni pengundi-pengundi di Pasar Malam Taman Dato’ Senu, Parlimen Batu dengan mengedar risalah penerangan berkenaan dengan PAS Kawasan Batu. Turut serta dalam program edar risalah ini ialah wakil dari Zon 3, iaitu  En. Shukhiri (Ketua Zon),  Ir. Azli Mubarak, Pn. Mastura, Pn. Zurina dan wakil dari Briged Amal KUIZM, Sdr Musaddiq. Sebahagian pengunjung memberikan respon yang baik kepada PAS Batu untuk meletakkan calon di sini. 

“Kami mengharapkan agar PAS meletakkan calon di Parlimen Batu bagi memastikan kehidupan berlandaskan Islam dapat diaplikasikan di sini” demikian ujar salah seorang pengunjung di sini.

Pihak penganjur mengucapkan jutaan terima kasih kepada para pengunjung yang hadir dan memberikan sokongan kepada PAS Kawasan Batu. Semoga program seperti ini dapat diteruskan dari masa ke semasa.

#SejahteraBersama

#UndiPAS