Home Artikel PAS Pulau Pinang

Program Bantuan Gelandangan dalam usaha mendekati golongan miskin kota

171 views
SHARE

KAPITAN KELING, 19 Mei 2017 – Program Bantuan Gelandangan anjuran NGO Syabab Jannah dengan kerjasama Dewan Pemuda PAS Kawasan Bayan Baru dan NGO Teroka berjalan dengan jayanya. Program dijalankan sekitar masjid kapitan keling dan komtar pada jam 11 malam hingga 12.30 tengah malam.

Seramai 32 orang ahli yang terlibat yang dibahagikan kepada 4 buah kumpulan. Kumpulan ini diberi lokasi yang perlu dilalui untuk disampaikan bantuan. Mereka berjaya ngedarkan paket bantuan makanan & minuman (nasi lemak, roti, biskut, waffle, air kotak, air mineral, buah) kepada hampir 100 gelandangan.

Tujuan program adalah untuk menyelami kepayahan hidup warga miskin kota dan gelendangan. Selain dari itu, Mendedahkah ahli jemaah dan masyarakat kepada realiti sosio-ekonomi di bandar. Program ini juga bertujuan untuk menampilkan bahawa PAS dan sayap-sayap PAS adalah cakna kepada isu masyarakat dengan menyemai sifat belas ihsan sesama manusia biarpun berlainan agama. Program ini juga telah berjaya ‘engage’ professional dalam kalangan bukan ahli PAS untuk turun bersama termasuk yang menyumbang duit ringgit dan makanan mencecah RM400. Mereka yang bukan ahli ini  berjanji untuk terus meyumbang dalam siri seterusnya.

{jathumbnail off}