Home Kenyataan Media PAS Sabah

PERUTUSAN SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA OLEH KETUA DEWAN MUSLIMAT PAS NEGERI SABAH

28 views
SHARE


Assalammualaikum wbt.

Allahuakhbar!
Allahuakhbar! Allahuakhbar!

Syukur kita kehadrat Illahi kerana masih diberikan peluang dan kesempatan sehingga ke hari untuk menikmati sebuah negara yang aman damai. Sambutan hari kemerdekaan yang diraikan setiap 31 Ogos menjadi tanda dalam memperingati atas pengorbanan yang telah dilakukan oleh tokoh-tokoh terdahulu dlm memperjuangkan kemerdekaan tanah air ini.

Memaknai erti kemerdekaan adalah sesuatu perkara yang mampu kita kendalikan secara positif dalam menghadapi pelbagai bentuk penjajahan dari segi kemahuan atau emosi yang berlebihan untuk mendapatkan sesuatu yang dihajati.

Dewasa ini, kita dapat lihat bahawa penjajahan dari segi pemikiran adalah antara jajahan yang paling digeruni. Apatah lagi, bila ia seiring berjalan dengan arus kemajuan teknologi. Tanpa sedar, penjajahan ini semakin menular halus dalam kalangan masyarakat kita terutamanya anak-anak muda. Dengan adanya teknologi di hujung jari, kegusaran kita semakin menebal apabila masalah ini semakin sukar dibendung.

Pemikiran sebegini telah mendidik masyarakat kita bahawa tindak tanduk tanpa agama adalah yang terbaik. Dan sedikit sebanyak masyarakat kita mula meminggirkan agama di dalam kehidupan seharian. Bagi mereka, agama dan kehidupan tidak dapat disimpulkan. Lagi merisaukan apabila anak-anak muda, generasi akan datang hidup dalam pemikiran sebegini.

Dengan sebab itu, kita mesti teguhkan kemerdekaan ini selari dengan syariat Islam sebagai penyelamat kepada semua.

Akhir sekali, saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan kali ke-60 kepada seluruh rakyat Malaysia. Semoga Allah S.W.T. memberkati kita semua.

“Sejahtera Bersama Islam”

Pn.Norsah Bongsu
Ketua
Dewan Muslimat PAS Negeri Sabah