Home Artikel PAS Sarawak

Perparitan punca banjir kilat di Kg Tiris Sibuti

13 views
SHARE

08 Oktober 2017

Hujan lebat yang melanda Kg Tiris sejak malam tadi selama hanya hampir 8 jam telah mengakibatkan banjir kilat di sekitar Kg Masjid, Kg Kepayang dan Tiris yang terletak di dalam Parlimen Sibuti.

Mengikut sumber penduduk kampung yang di lawati oleh PAS Sibuti siang tadi mendapati banjir sering kali berlaku di kawasan kampung itu. Aras sungai juga naik mendadak yang menyebabkan hampir 70% kawasan rumah dan sekitar jalan utama kampung di naiki air. Menurut penduduk kampung, banjir adalah fenomena biasa bila hujan lebat sepanjang malam. Perkara ini telah dilihat menyukarkan kehidupan mereka juga melibatkan kerosakan harta benda.

PAS Sibuti ingin mendesak pihak berwajib turun padang melihat dan memperbaiki struktur perparitan di sekitar kawasan kampunh dan pendalaman sungai bagi mengelakkan banjir yang sudah seringkali berlaku di kampung ini.

Sejahtera Bersama Islam

Butir bin Bakar
YDP PAS Sibuti