Home Sarawak

Perlu Dibaik Pulih Segera: Jalan Kebun Bakam

16 views
SHARE

Jalan Kebun Dan Jalan Ke Tempat Rekreasi Air Terjun Bakam  

MIRI – Kebanyakan penduduk Kampung Bakam bekerja sebagai petani dan nelayan dan ada juga yang bekerja dengan syarikat swasta dan kerajaan.

Masalah yang sudah banyak kali diadukan kepada pihak PAS ialah masalah jalan ke kebun adalah terlalu sempit dan sukar untuk dimasuki oleh kenderaan ringan dan berat untuk mengangkut hasil pertanian.

Laluan ke kebun terlalu sempit dan tidak rata hanya boleh digunakan oleh penunggang motosikal dan pejalan kaki sahaja. Kesukaran pemilik lot tanah yang tidak mempunyai jalan masuk apabila jalan masuk dari lot tanah depan tidak mempunyai akses untuk kenderaan ke lot tanah mereka yang terletak di dalamnya

Mereka yang memilik lot tanah di tengah atau belakang sukar untuk masuk ke dalam kecuali mereka terpaksa menggunakan jalan belakang yang jauh dari tempat mereka berkebun.

Masalah jalan rosak teruk juga perlu diberi perhatian oleh pihak berwajib terutama jalan menuju ke tanah kebun dan juga jalan menuju ke arah taman rekreasi Air Terjun Bakam yang terletak jauh ke dalam.

Sepatutnya tamah rekreasi Air Terjun Bakam patut diberi perhatian pihak berkuasa untuk menarik pelancong dari luar dan dalam negara datang ke Kampung Bakam. Ini merupakan satu tarikan yang perlu dimanfaat oleh penduduk kampung untuk menarik lebih ramai orang dari luar datang melawat kawasan perkampungan mereka.

Kita mengesa pihak berkuasa dan mereka yang berkenaan segera membaik pulih serta membina jalan yang lebih baik untuk kemudahaan penduduk masuk ke kebun dan juga tempat taman rekreasi Air Terjun Bakam.

Gunakan peruntukan untuk projek jalan kampung dan kemudahan asas yang telah diluluskan dengan segera jangan tunggu sampai waktu pilihan raya sebagai umpan untuk mendapatkan undi. Jangan salahgunakan peruntukan rakyat dan berilah kepada mereka yang memerlukan bantuan tanpa mengira fahaman politik demi kesejahteraan rakyat. Kerjasama dan perhatian pihak berkuasa untuk mengatasi masalah ini amat dihargai.

Jofri Jaraiee
Pesuruhjaya PAS, Sarawak
———————————————————–
English version

Farm Road And The Road To Bakam Waterfall Recreation Needs To Be Repaired Soon

MIRI – Most of the villagers of Kampung Bakam work as farmers and fishermen and some work with private companies and governments.

Problems that have been complained to PAS for many times are a problem of the road to the farm is too narrow and difficult to access by light and heavy vehicles to transport agricultural produce.

The path to the garden is too narrow and uneven can only be used by motorcyclists and pedestrians only. The difficulty for the land lot owners which has no access road when the entrance from the front land lot have no access for the vehicles into their land lots that was located inside.

Those who own the land lot in the middle or behind are hard to get inside unless they are forced to use a back lane far from where they are farming.

Serious road problems should also be addressed by the authorities especially the road to the farm and also the road to the Bakam Waterfall Recreational Park located deep inside.
It should be noted that Bakam Waterfall recreation should be given attention by the authorities to attract tourists from outside and within the country to come to Kampung Bakam. This is an attraction that should be used by villagers to attract more people from outside come to visit their village.

We urged the authorities and those concerned to immediately repair and build a better road for the residents to enter the farm and also Bakam Waterfall recreational park.

Use the provisions for village road projects and basic facilities that have been approved immediately do not wait until election time as a bait to get votes. Do not abuse the provisions of the people and give those who need help regardless of political affiliation for the well-being of the people. Cooperation and attention of the authorities to address this issue are greatly appreciated.

Yours faithfully
Jofri Jaraiee
Sarawak PAS Commissioner cum Miri PAS Chief