Home Artikel PAS Sabah

Perarakan Jalur Gemilang dan futsal tarik minat anak muda jayakan Sambut Hari Malaysia

60 views
SHARE

SANDAKAN : Perarakan Jalur Gemilang dan Futsal Anak Muda yang diadakan pada 16 September lalu telah menarik minat anak muda sekaligus menjayakan Sambutan Hari Malaysia anjuran Parti Islam SeMalaysia (PAS).

Perarakan yang bermula seawal pukul 8.00 pagi telah disertai oleh kira-kira 50 buah motosikal dari Alternative Riding Club (ARC) Sabah, Sandakan LC Crew (SLCC) dan Republic Of Scooter (ROS).

Perjalanan perarakan yang membawa Jalur Gemilang, bendera negeri-negeri dan bendera PAS sejauh 24 kilometer itu telah bermula dari Kompleks Sukan Sandakan dan melalui beberapa jalan utama Sandakan.

Antaranya seperti Jalan Lintas Sibuga, Jalan Batu Sapi, Jalan Utara dan berakhir di dewan Tadika Chi Hwa, Batu 1½.

Asrul Samat, Pengarah ARC Negeri Sabah dalam ucapannya menyampaikan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam perarakan kali ini dan berpesan agar berhati-hati sepanjang perjalanan perarakan berlangsung.

“Melihat pada perarakan yang berlangsung pada hari ini, saya percaya bahawa anak muda Sabah tidak lagi alergik dengan Parti Islam SeMalaysia (PAS),” tambahnya lagi.

Turut terlibat dalam aktiviti ini adalah Naib Presiden PAS, YB Ustaz Idris Ahmad dan beberapa orang pimpinan PAS Pusat yang lain.

Pada masa yang sama, perlawanan akhir Futsal Hari Malaysia juga telah berlangsung di Sandakan Futsal dengan menobatkan Pratu (B), Vites FC dan Gemuk sebagai johan, naib johan dan tempat ketiga perlawanan itu.

Ustaz Khalil Abdul Hadi, Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia dalam ucapan penutupannya memberitahu bahawa PAS akan terus komited dalam mendekati dan berprogram bersama anak muda di seluruh Malaysia.

“Dalam Dewan Pemuda PAS, ada satu lajnah khas untuk program riadah ini, iaitu Department of Arts, Culture and Sports (DACS) yang sentiasa merancang dan melaksanakan program anak muda,” jelasnya.

Parti Islam SeMalaysia melalui Dewan Pemuda PAS berharap agar program yang dianjurkan oleh PAS akan terus mendapat tempat dalam hati anak muda Sabah khususnya dan Malaysia amnya.