Home Artikel PAS Pulau Pinang

Penyelarasan gerak kerja bantuan banjir BPPN Pulau Pinang

442 views
SHARE

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ الله ِِوَبَرَكَاتُه

اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا محَمَّد

PENYELARASAN GERAK KERJA BANTUAN  BANJIR BPPN PULAU PINANG

1. Saya mengarah kepada semua PAS Kawasan – Kawasan yang terlibat dengan banjir untuk membuka bilik gerakan di kawasan masing – masing untuk menyelaraskan bantuan banjir.
2. Semua entiti PAS termasuklah Khidmat Malaysia, Jabatan Amal Malaysia, Briged Muslimat dan sebagainya hendaklah diaktifkan dengan segera dengan mengumpulkan anggota untuk melaksanakan gerak kerja bantuan banjir.
 3. Ketua Penyelaras Bilik Gerakan Banjir BPPN Pulau Pinang adalah Saudara Norazman bin Ishak manakala Ketua Operasi Banjir Negeri adalah Saudara Bahrin bin Ahmad, Pengarah Jabatan Amal Negeri Pulau Pinang.
4. Penyelaras Bilik Gerakan Banjir peringkat PAS Kawasan adalah NYDP PAS Kawasan dan Ketua Operasi peringkat kawasan adalah Komanden Amal Kawasan.
5. Dengan ini saya juga melancarkan Tabung Bencana Banjir BPPN Pulau Pinang, Sila wawarkan dan salurkan derma dalam bentuk tunai di akaun Maybank BPPNPP :  5574 0150 8611

Kumpulkan bantuan derma dalam bentuk barang keperluan seperti beras, gula, minyak dan sebagainya untuk disalurkan segera kepada mangsa banjir.

Senaraikan dan hubungi individu yang boleh meminjamkan jentera seperti kenderaan 4×4, bot penyelamat, chain saw, water pump dan sebagainya untuk gerak kerja misi bantuan banjir.

6. InsyaAllah, PAS akan kerjasama dengan agensi kerajaan yang terlibat seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat, APMM untuk melaksanakan gerak kerja bantuan banjir.
 7. Moga Allah mempermudahkan usaha kita.
Ustaz Muhamad Fauzi Yusoff

Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang
5 November 2017