Home Kenyataan Media PAS Sarawak

Penduduk Kuala Niah Terus Bersama PAS

33 views
SHARE


Sabtu, 7 Oktober 2017 
Bertempat di Kuala Niah, Sibuti telah berlangsung Program Ziarah Mahabbah yang merupakan program saban minggu oleh petugas PAS Sibuti.


Alhamdulillah pada hari ini PAS telah mendapat sokongan padu dari penduduk di Kuala Niah apabila kehadiran pimpinan PAS Kawasan Sibuti dan PAS Sarawam. Hadir ke majkis ini adalah En Butir Bakar, YDP PAS Sibuti dan En Rosman, Setiausaha PAS Sibuti, Sdr Wan Husni, AJK PAS Sibuti serta Ketua Penerangan PAS Sarawak, Sdr Muhammad Afiq mendapat sambutan yang sangat hebat. 
Sebahagian masyarakat Kuala Niah yang menhadapi masalah berkait status tanah kediaman mereka serta masalah sumber bekalan air bersih terus mendapat perhatian PAS Sibuti. 
PAS komited untuk terus membantu sedaya mampu dalam ruang lingkup yang termampu bagi menyuarakan keluhan rakyat yang masih di himpit kepayahan hidup. 
Terima kasih kepada penduduk kampung yang memberi kepercayaan kepada PAS sebagai pilihan dalam meyuarakan masalah masyarakat setempat dan menyatakan sokongan padu kepada PAS. 
_Sejahtera Bersama Islam_
*Muhammad Afiq Mhd Khazar*

Ketua Penerangan PAS Sarawak