Home Artikel PAS Kelantan

Penantian warta wat Siam jadi kenyataan

52 views
SHARE

SEBELUM ini permohonan pernah diajukan ketika Barisan Nasional (BN) mentadbir Kelantan, namun tiada usaha bagi mewartakan tapak wat Siam di negeri tersebut.

Bagaimanapun hari ini penantian sejak berpuluh tahun masyarakat Siam dan penganut Buddha menjadi kenyataan apabila sembilan tapak wat diwartakan kerajaan negeri.

Menteri Besar Ustaz Datuk Bentara Kanan Ahmad Yakob menyerahkan sijil pewartaan atas nama Majlis Sangha Negeri Kelantan kepada wakil wat terbabit.

Beliau berkata, dengan pewartaan itu kawasan berkenaan tidak boleh diganggu gugat untuk sebarang tujuan.

“Apabila cukup syaratnya, contohnya menjadikan wat berkenaan sebagai tempat kemasyarakatan kerajaan negeri akan menimbang untuk diwartakan.

“Kerajaan negeri berbuat demikian bagi menjaga kepentingan masyarakat Kelantan pelbagai bangsa dan agama,” katanya pada program berkenaan di Wat Pikulttong, sempena pemukiman Menteri Besar di parlimen Tumpat.

Hadir sama wakil-wakil rakyat, Ketua Jajahan Tumpat, Rosnazli Amin dan pemimpin masyarakat pelbagai kaum. – HARAKAHDAILY 27/7/2017