Home Artikel PAS Perlis

Pemergian Bekas Bendahari MCA Simpang Empat, DMPNPs Rakam Takziah

122 views
SHARE

ARAU : Suasana hiba dan sedih menyelubungi kediaman Mendiang Ah Peng yang pernah mengalas jawatan selaku Bendahari MCA Simpang Empat.

Pengerusi Lujnah Perpaduan Nasional Dewan Muslimat PAS Negeri Perlis, Puan Nor Fatimah Ariffin, telah berkesempatan berkunjung ke kediaman tersebut untuk bersama-sama dengan ahli keluarga mendiang semasa upacara pengebumian pada 21 Julai yang lepas.

Kehadiran beliau bersama-sama dengan beberapa orang pimpinan PAS disambut oleh balu mendiang serta ahli keluarga terdekat. 

Menurut Puan Nor Fatimah Ariffin, ketika hidupnya, mendiang sangat rapat dengan PAS walaupun pernah menjawat jawatan dalam parti MCA yang merupakan sebahagian parti komponen Barisan Nasional (BN).

Justeru ujar beliau lagi, pemergian mendiang turut dirasai para penggerak PAS setempat. 

Beliau juga turut merakamkan ucapan takziah serta memberikan dorongan kepada ahli keluarga mendiang yang masih meratapi kehilangan insan yang mereka sayangi.

Mendiang yang disahkan mengidap kanser hati, meninggalkan seorang balu serta beberapa orang anak.

{jathumbnail off}