Home Artikel PAS Kelantan

Pemangku Raja turut bersih bandar Kota Bharu

41 views
SHARE

PEMANGKU Raja Kelantan, Tengku Dr Muhammad Faiz Petra Sultan Ismail Petra turut mencemar duli mengutip sampah pada program Come Clean for Kelantan di bandar Kota Bharu semalam.

Baginda juga turut mencuci kaki lima di Hotel Habib, mengecat pagar bangunan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) serta membersihkan pokok perhiasan di hadapan bangunan Tabung Haji.

Program tersebut yang diadakan di Dataran Bandar Raya Islam dianjur MPKB-BRI dan Persatuan Kerabat Diraja Kelantan al Muhammadi, bagi memupuk kesedaran dalam kalangan rakyat untuk menjaga kebersihan.

Hadir sama Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob, anggota-anggota Exco, wakil rakyat dan pegawai kanan kerajaan.

Turut sertai lebih 70 agensi kerajaan, syarikat swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Ia melibatkan seramai 4,035 peserta. Mereka turut bergotong-royong di Pasar Siti Khadijah, Bazar Tok Guru, Medan Ilmu, stesen Bas Kota Bharu, Bazar Buluh Kubu dan Jalan Sultanah Zainab. – HARAKAHDAILY 13/11/2017