Home Artikel PAS Selangor

Pelancaran Jentera Pilihan raya PAS Kawasan Sabak Bernam

59 views
SHARE

Pelancaran Jentera Pilihan raya PAS Kawasan Sabak Bernam disempurnakan oleh Timbalan Presiden PAS, Yang Berbahagia Dato’ Ustaz Tuan Ibrahim Bin Tuan Man.

Turut hadir sama ialah YB Ustaz Sallehen Mukhyi Yang DiPertua PAS Kawasan Sabak Bernam juga Pesuruhjaya PAS Selangor dan Tuan Haji Roslan Shahir selaku Pengarah Pilihan raya PAS Negeri Selangor.

Program ini dimulakan dengan Konvoi bermotor DUN Sabak dari Rumah YB Ustaz Sallehen sendiri menuju ke Masjid Pekan Sabak untuk bergabung dengan Konvoi DUN Sg Air Tawar yang bermula di Pusat Khidmat Masyarakat Sg Air Tawar. Seterusnya gabungan konvoi ini bergerak ke Tapak Program di Dataran Rakyat Taman Berjaya. Sebanyak lebih dari 200 biji motor dah lebih 50 biji kereta terlibat dalam konvoi kedua-dua DUN ini.

Kehadiran Jentera PAS Kawasan Sabak Bernam melebihi dari jangkaan awal 1000 orang dengan kiraan awal melebihi 1500 yang mana 60% adalah anak muda bawah 40 tahun.