Home Artikel PAS Selangor

PASTI Ampang : Konvokesyen Ke 2 dan Pelancaran Van Baru

92 views
SHARE

Ampang 12 Nov – Seramai 372 pelajar PASTI Kawasan Ampang dirai dalam Majlis Konvokesyen Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Kawasan Ampang kali ke-2 yang telah berlangsung pada 12 November,di Dewan Dato Ahmad Razali mendapat sambutan hangat daripada para waris pelajar-pelajar PASTI.

Majlis konvokesyen ini telah dirasmikan oleh Ustaz Juwahir Amin , Timbalan Pengarah (Pembangunan & Penyelidikan) Jabatan PASTI Malaysia.  Dalam ucapan perasmiannya, beliau berkata pada zaman yang moden ini pelbagai cabaran terpaksa dilalui oleh guru-guru dan ibu bapa dalam menyelamatkan akidah anak-anak di zaman “ dunia hujung jari ”. Beliau juga memaklumkan dalam ucapannya bahawa PASTI Pusat telah mewujudkan peluang pengajian dalam Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak kepada semua guru-guru PASTI tidak mengira latar belakang tahap pendidikan meraka.

Majlis konvokesyen ini turut diserikan dengan gelagat pelajar-pelajar PASTI yang membuat persembahan nasyid dan sajak.

Dalam majlis yang sama juga Ketua Pemuda Ampang dan juga Penasihat PASTI Ampang , Ustaz Azwan Zainuddin ketika berucap turut menyampaikan harapan warga pendidik PASTI agar terus berusha tanpa jemua dalam mendidik anak-anak PASTI agar mereka mengenal Pencipta, katanya lagi Pemuda PAS Ampang bersama-sama Pengerusi PASTI Ampang sedang berusha untuk menambah cawangan PASTI dalam Kawasan Ampang bagi memenuhi permintaan ibu bapa untuk menghantar anak-anak mereka ke PASTI. Sebelum itu dalam ucapan Pengerusi PASTI Ampang Ustaz Mohd Hamdi menzahirkan rasa syukur dan berterima kasih kepada ibu bapa yang terus memberi kepercayaan dan sokongan kepada PASTI untuk mendidik anak – anak mereka.

Pada hari yang sama juga sebelum Majlis konvokesyen bermula satu majlis pelancaran Van PASTI Ampang telah dirasmikan oleh tetamu terhormat terdiri dari Ustaz Juwahir Amin, Yb. Tuan Hj. Khasim Abdul Aziz adun Lembah Jaya, Ustaz Azwan Zainuddin Penasihat PASTI Ampang, Ustaz Mohd Hamdi Husin Penegerusi PASTI Ampang dan En.Amir Abdul Kadir mantan Pengerusi PASTI dengan memotong riben sebagai simbolik pelancaran.