Home Artikel PAS Sabah

PAS Zon Sandakan tonggak Sambutan Hari Malaysia.

153 views
SHARE

SANDAKAN : Disebalik kejayaan Sambutan Hari Malaysia yang diadakan di Tadika Chi Hwa pada 16 September lalu, PAS Zon Sandakan selaku Ahli Jawatankuasa (AJK) Pelaksana perlu diberikan pujian kerana telah menjadi tonggak sambutan itu.

AJK telah mendapat bimbingan dan dorongan terus daripada Lajnah Perpaduan Nasional (LPN) PAS Pusat yang diketuai oleh Dr Najihatussalehah Ahmad.

Bersumberkan semangat tinggi, PAS Zon Sandakan yang terdiri daripada 5 kawasan PAS iaitu Sandakan, Kinabatangan, Beluran, Batu Sapi dan Libaran telah berjaya mengharungi segala cabaran bagi merelisasikan hasrat pimpinan PAS Pusat itu.

Perancangan dan gerak kerja tersusun yang diketuai oleh Timbalan Pesuruhjaya 3 PAS Sabah, Sahar Abdul Majid turut menerima nasihat dan seliaan daripada PAS Sabah termasuk daripada Pesuruhjaya, Aminuddin Aling; Dr Aliakbar Gulasan, Setiausaha; Mohamad Bin Hussain selaku AJK PAS Pusat dari Sabah dan lain-lain pimpinan.

Selain itu, anak-anak muda yang terdiri daripada pelbagai entiti PAS seperti Jabatan Amal Malaysia Negeri Sabah (JAMNS), Alternative Riding Club (ARC), Nusaibah, Ameerah, Briged Muslimat, Guru PASTI, Kelab Remaja dan entiti lain turut menyumbang besar dalam agenda ini.

Mereka tanpa mengenal susah payah sanggup melakukan apa sahaja gerak kerja demi memastikan apa yang dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Sahar dalam ucapannya ketika majlis menyampaikan perasaan terharu terhadap kesungguhan yang ditunjukkan oleh AJK Pelaksana khususnya AJK Pelaksana daripada kalangan anak muda.

“Tanpa anda semua (AJK Pelaksana) hasrat besar ini tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna kerana kita memerlukan pemikiran dan tenaga orang muda bagi menjayakannya,” katanya.

Dikesempatan lain, Sahar berpesan kepada AJK Pelaksana agar kerja buat dalam Sambutan Hari Malaysia ini perlu dibuat bersungguh-sungguh kerana ia merupakan indikator kejayaan PAS di Sabah pada PRU akan datang.

Sahar turut menyeru agar semua ahli istiqamah dengan perjuangan PAS kerana perjuangan ini boleh melayakkan kita masuk ke syurga Allah.