Home Artikel PAS Wilayah

PAS Wilayah | Masyarakat Cina Cenderung Bersama PAS

330 views
SHARE

Oleh: NUSAIBAH IBRAHIM

TITIWANGSA, 12 Feb – Dewan Muslimat PAS Titiwangsa telah mengadakan program ziarah masyarakat Tionghua yang dilangsungkan dengan jayanya di Jalan Pria 1 dan 2, di sini semalam.


Menurut Ketua Muslimat PAS Titiwangsa, merangkap ketua penyelaras program, Pn. Syarifah Rashida Sayed Idrus, program ziarah kali ini bertujuan menyantuni warga Tionghua yang akan menyambut perayaan Tahun Baru Cina pada hujung minggu ini.

Bungkusan limau dan bahulu serta risalah telah diedarkan kepada masyarakat Tionghua yang diziarahi.

Ketua Penerangan PAS Titiwangsa, Ustaz Raihan Abdul Aziz, menyatakan kesediaan PAS menjadi kerajaan tanpa mengenepikan hak orang bukan Islam, ketika berpeluang bersua muka dengan masyarakat Tionghua dalam program berkenaan.

“Bila Islam memerintah, semua kaum akan selamat. Melayu, Cina, India malah warga pribumi semua akan dapat hak masing-masing.

Islam tak mengamalkan rasuah, apalagi mengambil cukai daripada rakyat yang tidak berkemampuan.Kami PAS yakin negara kita akan lebih maju dan aman tanpa perlu ada GST.”

Usraz Raihan yang juga merupakan seorang tokoh masyarakat turut menerangkan serba sedikit berkenaan model negara sejahtera yang telah diperkenalkan PAS iaitu Dokumen Hijau, BPMS dan WINS.

Secara keseluruhan, warga Tionghua begitu teruja serta menyambut baik kehadiran petugas-petugas PAS di kediaman mereka.

Mereka juga turut menyatakan tekanan ekonomi yang kian membelenggu kehidupan, selain hasrat mahukan pemimpin yang lebih baik untuk mentadbir Malaysia selepas PRU 14 kelak.