Home Kenyataan Media Presiden PAS

PAS Ucap Takziah Kepada Keluarga Tan Sri Surin Pitsuwan

349 views
SHARE

PAS UCAP TAKZIAH KEPADA KELUARGA TAN SRI SURIN PITSUWAN

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) merakamkan takziah di atas pemergian bekas Menteri Luar Thailand dan Setiausaha Agung ASEAN, Tan Sri Surin Abdul Halim Ismail Pitsuwan ke rahmatullah semalam. Almarhum Dr Surin adalah seorang tokoh besar yang terkenal dalam usaha diplomatik ke arah mewujudkan keamanan serantau.

Saya mengajak seluruh umat Islam untuk menunaikan solat jenazah ghaib dan mendoakan semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang soleh serta diterima amalannya yang baik di sisi Allah S.W.T.

“Sejahtera Bersama Islam”

ABDUL HADI AWANG

Presiden PAS

Bertarikh: 12 Rabiul Awal 1439 / 1 Disember 2017