Home Artikel PAS Perak

Berita PAS Perak : PAS Turun Padang Bertemu Mangsa Banjir

59 views
SHARE

BUKIT GANTANG : Keadaan hujan lebat berterusan lebih tujuh jam menyebabkan kawasan mukim Bukit Gantang dan beberapa lokasi di Trong , Changkat Jering dan Kuala Sepetang dilanda banjir kilat awal Januari lalu.

Senario hujan lebat berulang sepanjang hari menyebabkan beberapa rumah penduduk di sekitar di sini terjejas akibat banjir kilat.

Antaranya ialah Kampung Paya , Changkat Jering , Batu 26, Batu Hampar ,Padang Gajah , Kampung Pak Darus dan Matang Gelugor.

YDP PAS Bukit Gantang , Ustaz Muhammad Faisal Abdul Rahman yang melawat kawasan banjir berkata, hujan lebat yang berterusan menyebabkan paras sungai dekat sini mencecah paras bahaya sehingga ia melimpah ke kawasan perkampungan terbabit.

“Pada masa sama beberapa jalan tidak boleh dilalui semua jenis kenderaan kerana dinaiki air ”.

Beberapa penduduk terpaksa berpindah ke pusat pemindahan sementara yang berdekatan kerana ada rumah kediaman yang diduduki tidak selamat disebabkan banjir.

Turut sama menziarahi mangsa banjir ialah Ahli Parlimen Bukit Gantang , pimpinan PAS kawasan , pemuda dan muslimat yang turut bersama-sama membantu mangsa banjir.