Home Artikel PAS Johor

PAS Tebrau Tawan Hati Kaum India Sertai DHPP

26 views
SHARE

Mount Austin, 23 Ogos 2017 – PAS membuktikan bahawa ia bukan sahaja mendapat tempat di hati pengundi Melayu malahan daripada kalangan masyarakat Cina dan juga India. Hal ini dilihat dan dinilai melalui agenda PAS cakna kebajikan tanpa mengira bangsa mahupun agama.

Sehubungan itu, tanggal 19 Ogos 2017 yang lepas, telah berlangsungnya satu program ramah mesra anjuran PAS Tebrau dan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) bersama kaum India di kejiranan Taman Mount Austin, Johor Bahru. Turut sama hadir dalam program ini adalah En. Suria Narayanan dari Majlis Tertinggi DHPP, Cik Kumutha Raman (Ketua Wanita DHPP Pusat merangkap AJK PAS Tebrau), En. Ahmad Aljohari (Setiausaha BPPNJ), Ustaz Khir Muntanazar (Yang Dipertua PAS Tebrau), dan En. Zaini Hussin (Timbalan Yang Dipertua PAS Tebrau merangkap PSU BPPNJ).

Di samping mengeratkan perpaduan sesama kaum India, seramai 30 buah keluarga turut menerima bantuan daripada YB Ustaz Abdullah Hussin selaku Adun Puteri Wangsa, yang juga merupakan Pesuruh Jaya PAS Johor. Dalam program tersebut, permasalahan turut dikemukakan dan mendapat perhatian pihak Adun. “Ini menggambarkan perpaduan kita dan saling memahami serta kita inginkan kehidupan yang lebih sejahtera dan baik,” ujar beliau.

Lebih daripada 70 orang penduduk sekitar hadir menjayakan program ramah mesra tersebut. Peluang untuk menjadi ahli DHPP juga dibuka dan telah berjaya menarik minat 16 orang penduduk berbangsa India mendaftarkan keahlian mereka. Susulan daripada ini, program ziarah penduduk di kejiranan ini akan diteruskan bagi membantu mereka yang memerlukan sebelum menjelangnya sambutan perayaan Deepavali.

{jathumbnailoff}