Home Artikel PAS Sabah

PAS Tawau Hargai Jasa dan Pengorbanan Jururawat

138 views
SHARE

PAS Tawau Hargai Jasa dan Pengorbanan Jururawat

Tawau – Sempena Sambutan Hari Jururawat Sedunia pada 12 Mei 2017 . PAS Kawasan Tawau di wakili Puan Zaiton Ahmad serta pimpinan DMPK Tawau  telah membuat kunjungan di Hospital Besar Tawau .

Kunjungan ini bertujuan untuk menyampaikan penghargaan atas jasa dan pengorbanan para jururawat dalam menjalankan tugas .

Pihak rombongan telah disambut dengan mesra  warga jururawat  dan mereka berterima kasih atas ingatan serta penghargaan yang diberikan .

PAS Tawau turut menghadiahkan sebiji  kek dan beberapa naskah akhbar harakah secara  percuma  

Disamping itu diharapkan pertemuan ini dapat mengeratkan hubungan antara kedua pihak  sejajar dengan amalan budaya politik matang dan sejahtera.