Home Artikel PAS Wilayah

PAS Setiawangsa Sedia Bertanding PRU 14.

47 views
SHARE

SETIAWANGSA, 19 Oktober – YDP PAS Setiawangsa, Hj Abd Halim Hassan menegaskan PAS Setiawangsa akan bertanding PRU 14 untuk memperjuangkan dasar Islam sebagai penyelesaian masalah dan memerlukan pengorbanan ahli PAS dalam gerak kerja pilihanraya ini.

Beliau berucap dalam Program Ramah Mesra & Penyerahan Sijil Baru Ahli PAS di Pasti Imtiyaz, Setiawangsa di mana 10 orang ahli baru diraikan.

Turut hadir memberi ucapan penghargaan adalah Ketua PAS Cawangan Sek. 10 Hj Syamsul Ariffin dan Ketua JPRK, Hj Idris Yaacob.

Program ini berjaya meningkatkan kefahaman dan kesedaran pentingnya perjuangan islam di samping mempererat ukhuwah di kalangan ahli jemaah.

Ahli-ahli baru PAS Setiawangsa turut menyatakan kesyukuran menyertai perjuangan islam dan akan terus istiqamah dengan PAS.

-Jabatan Penerangan Pas Kawasan Setiawangsa-