Home Artikel PAS Sabah

PAS SANTUNI PENGUNDI KAMPUNG GELAM

28 views
SHARE


BATU SAPI : PAS Kawasan Batu Sapi meneruskan siri penerangan di Kampung Gelam yang diadakan lewat petang semalam.

Siri penerangan kali ini dihadiri oleh Mustaman Mustain, Ketua Penerangan Pemuda PAS Sabah bersama Ramlan Pandi, Ketua Pemuda PAS Sandakan.

Siri penerangan ini adalah bertujuan untuk memberi penerangan kepada masyarakat Batu Sapi tentang isu ekonomi negara yang semakin tidak menentu berlaku di Sabah dan Malaysia khususnya.

Masyarakat Kampung Gelam berasa senang dan menerima baik kunjungan PAS Batu Sapi yang datang mengunjungi mereka. Rata-rata masyarakat Kampung Gelam disini melahirkan hasrat ingin membuat perubahan dalam PRU14 nanti setelah melihat kegagalan kerajaan pimpinan Barisan Nasional menjalankan amanah daripada rakyat.


“Jangan kamu risau, penduduk disini sudah tidak lagi mahu sokong BN. Cukuplah, tengok sahaja jambatan kampung ini”, Kata Puan Merilyn.


PAS mengharapkan agar masyarakat Kampung Gelam dapat memberi peluang kepada PAS untuk memimpin Batu Sapi ini dengan penuh adil dan saksama kelak. {jathumbnail off}