Home Artikel PAS Johor

PAS Pontian :Dekati Pengundi UPU Jelutong

89 views
SHARE
Program ziarah Al-Malak

PONTIAN : Telah berjalan ziarah Al Malak, sembang santai dan tazkirah maghrib pada 7 Januari 2018 yang lalu. Program anjuran JPRD Pulai Sebatang dengan kerjasama UPU Jelutong ini telah bermula jam 9.00 pagi.

Razali Limat sedang menyantuni peniaga pasar tani

Pusat Aduan Rakyat Parlimen Pontian ( PAR ) bersama PAR Dun Pulai Sebatang, telah berkunjung ke pasar tani Pontian bagi menyantuni peniaga sekitar disamping membuat edaran risalah, kalendar dan akhbar Harakah.

Selain itu, ia telah turut dihadiri oleh Penyelia PAR Pontian, Prof. Dr. Baharom Mohamed dan Penyelia PAR Dun Pulai Sebatang, Razali Limat.

Peniaga gerai air sedang dikunjungi oleh Razali Limat, Pror.Dr. Baharom dan Shamsudin Jaafar

Dalam pada itu, antara isu- isu dan keluhan para peniaga pasar tani yang sempat didengari adalah selama 30 tahun permohonan tapak kekal pasar tani Pontian dipandang sepi oleh pihak berwajib. Peniaga terpaksa bersusah payah membuka gerai setiap hari untuk berniaga.