Home Artikel PAS Pahang

PAS Pahang l Situasi air Sungai Semantan dan Sungai Pahang

195 views
SHARE

3 Januari 2018, 9.00 pagi : Team Lanchang Sejahtera telah membuat tinjauan ke Sg Pahang berhampiran Esplanade Temerloh dan Sg Semantan berdekatan jambatan Kg. Mempateh untuk melihat sendiri paras air setelah hujan tidak berhenti-henti sejak 5 hari yang lalu.

Air semakin naik dan dalam situasi berjaga-jaga. Laporan paras air di hulu Sg Pahang telah berada pada tahap AMARAN dan dijangka tiba di Temerloh pada malam ini.

Semoga Allah swt memelihara kita semua dan tidak berulang lagi banjir besar seperti 2014, inshaa Allah.

“BERSAMA MEMBINA KESEJAHTERAAN”

=====================================

3 LANGKAH BERJAGA-JAGA PERLU DIAMBIL

1. Pastikan keselamatan anak-anak, pantau aktiviti anak-anak di luar rumah.

2. Pastikan bekalan makanan mencukupi bagi tempoh lebih dari satu minggu.

3. Dapatkan senarai nombor telefon untuk dihubungi ketika kecemasan. cth: adik-beradik dan Balai Polis

Semoga Allah SWT memberi perlindungan kepada kita semua dari bencana banjir.