Home Artikel PAS Pahang

PAS Pahang l Projek Perumahan Tidak terkawal di Cameron Highlands

51 views
SHARE

Cameron Highlands – PEMBINAAN banyak bangunan baharu yang tidak sejajar dengan kemudahan prasarana terutamanya jalan raya menyebabkan berlaku kesesakan teruk di Cameron Highlands pada hujung minggu.

RoslanZainalSetiausaha Perhubungan PAS Pahang, Roslan Zainal Al Ahmadi berkata, kerajaan perlu mengawal ketat pembinaan bangunan baharu kerana ia antara menyumbang kesesakan lalu lintas.

Katanya pihak berkuasa perlu mengkaji sebelum meluluskan projek baharu bukannya mengikut kehendak pemaju.

“Apa yang berlaku sekarang seolah-olah pembangunan sesuatu projek dikawal pemaju,” katanya di Kuala Lipis.

Kesesakan lalu lintas begitu ketara pada setiap hujung minggu dan cuti persekolahan. Kesesakan bermula di Tringkap sehingga Brinchang. – HARAKAHDAILY 12/12/17