Home Artikel PAS Pahang

PAS Pahang l AJK PAS Kawasan Jerantut menziarahi masyarakat Felda

80 views
SHARE

Jerantut – Ziarah Lajnah Kebajikan PAS Kawasan Jerantut hari ini di Felda Kota Gelanggi 2. Sebanyak 10 buah rumah dikunjungi dan disantuni yang terdiri daripada orang uzur, OKU dan asnaf.

Ziarah yang diketuai oleh Ust Yohanis Ahmadselaku YDP PAS Kawasan Jerantut dan Ust Mohd Zakhwan Ahmad Badarddinselaku Ketua Pemuda PAS Kawasan turut disertai oleh Haji Hashim selaku Pengarah MTD Pulau Tawar, AJK Muslimat PAS Kawasan Jerantut dan pimpinan PAS Cawangan Felda Kota Gelanggi 2.