Home Artikel PAS Perak

PAS Lumut Ziarah Mangsa Kebakaran

306 views
SHARE

PAS Lumut Ziarah Mangsa Kebakaran


LUMUT– PAS Kawasan Lumut menziarahi mangsa kebakaran di Taman Fasa 1D1 selepas solat Tarawih, 4 Jun lalu. Zamri Ibrahim mewakili PAS Kawasan Lumut, Ketua Penerangan Pemuda PAS Perak, Ustaz Syakirin Husin serta beberapa pimpinan lain melahirkan rasa simpati kepada mangsa.

Pada sebelah siangnya, Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Lumut, Rohawati Abidin turut menzirahi mangsa serta melahirkan rasa simpati.

Beliau turut menyampaikan sumbangan ikhlas daripada Muslimat-muslimat cawangan. Selain itu, Pemuda PAS serta Gen 3 dan komuniti penduduk di situ turut menghulurkan bantuan kepada mangsa dalam kerja-kerja pembersihan rumah mangsa iaitu Ustaz Zikro bin Othman.

Menurut siasatan bomba, kejadian kebakaran ini adalah kerana litar pintas. Tiada kehilangan nyawa dalam tragedi itu.

Namun begitu hampir 80% rumah beliau musnah dlm kebakaran ini.

Ustaz Zikro bin Othman melahirkan rasa terima kasih atas keprihatinan dan sumbangan yang telah diberikan oleh saf kepimpinan PAS Kawasan Lumut.

{jathumbnail off}