Home Artikel PAS Johor

PAS Johor Siap Sedia Mendepani Pilihanraya

63 views
SHARE

 

Muar- PAS Johor tekad melahirkan pejuang yang berperang dengan semangat dan ilmu. Demikian saranan Pengarah Jabatan Pilihan Raya Negeri Johor, JPRN Encik Rusman Bin Kemin  dalam program Pemukiman Simulasi Pilihan Raya ke 14 PAS Johor di Parit Pechah, Muar baru-baru ini. Dalam kursus siri kedua ini juga, para jentera  PAS  di Johor  digesa agar bekerja keras bagi membolehkan kemenangan berpihak kepada PAS dengan cara memahami apakah strategi peperangan dan musuh. Dengan ini, PAS Johor bangkit  bertanding untuk menang bergaya dan kalah bermaruah.

“Jika ada kawasan yang  tak  bersedia, kita akan halang kawasan tersebut dari bertanding. Demi menjaga imej parti, garis ukuran kelayakan ini mesti dipatuhi.”

Ujarnya ketika mengulas berkenaan merit yang telah ditetapkan. Selain itu, pihak JPRN juga akan turun ke setiap kawasan bagi membuat pemantauan akan ketetapan merit ini. Mengulas lebih lanjut, beliau turut menggesa agar para jentera menghangatkan kembali program gelombang hijau di seluruh Johor sekali gus bersifat taat dalam perjuangan kerana sifat ini mendekatkan lagi pertolongan Allah kepada semua.

“Sebelum kita ubah kerajaan , ubah jemaah kita dahulu mengikut kehendak Islam. Biar tidak menang undi, asal menang moral kita, yakni Islam menjadi keutamaan.”

Dalam pada itu, para peserta turut didedahkan dengan beberapa slot dan modul. Antaranya, Tatacara Pengurusan Pilihanraya oleh Encik Nasir Bin Ahmad,merangkap Setiausaha JPRN Johor, undang-undang pilihanraya oleh Encik Ahmad Daniel Bin Haji Roslan, merangkap salah seorang peguam PAS dan PACA berkesan oleh Encik SelamatBin Hamiddan Pak Halim Othman.

 

Kepentingan mempelajari ilmu politik ini juga turut ditekankan oleh Tuan Guru Presiden, Haji Abdul Hadi dalam ucapannya baru-baru ini. Katanya, mereka yang terlibat dalam politik Islam mestilah mempelajari ilmunya, bukan laksana politik penjual ubat, sekadar mahu melariskan ubat atau sekadar mengumpulkan pelanggan seramai-ramainya berwawasan dunia untuk mendapat kuasa sementara waktu sahaja.

Pihak penganjur berharap agar para jentera faham bahawa politik Islam ini tidak boleh dimain catur untuk mencapai matlamat sewenag-wenangnya dengan cara menghalalkan segala cara dan meletakkan Islam sekadar menjadi alat sahaja. Politik Islam bertunjangkan ubudiah kepada Allah, memikul amanah dengan melaksanakan syariat dan berwawasan akhirat, menyelamatkan seberapa ramai manusia dengan petunjuk Allah dan berpaksikan hidayah bukan jibayah.

Justeru, petugas PACA dan para jentera merupakan benteng terakhir PAS dalam mendepani pilihanraya ini diharapkan agar beristiqomah dalam perkara dasar dan matlamat, di samping anjal dalam menangani masalah dan isu semasa yang sentiasa berubah.

{jathumbnailoff}