Home Artikel PAS Sarawak

PAS Cawangan Tambak: Selangkah Ke Muktamar Pusat

172 views
SHARE

BETING MARO, 14 Jan: PAS cawangan Tambak telah menganjurkan Mesyuarat Agung Tahunan PAS di kediaman Ketua PAS cawangan Tambak, Sait Ladi, di sini.

Mesyuarat dengan kerjasama Dewan Muslimat PAS Kawasan Batang Lupar itu telah disertai anggota PAS cawangan Kampung Tambak.

Ianya bertujuan sebagai sesi muhasabah aktiviti sepanjang 2017 disamping pemilihan wakil ke Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Batang Lupar 2017 nanti.

Semua laporan telah dibentangkan oleh Setiausaha PAS cawangan Tambak, Kidi Sulaiman dan Bendahari PAS cawangan Tambak, Dina Basir.