Home Artikel PAS Johor

PAS Cawangan Kota Masai Sambut Meriah Aidiladha

10 views
SHARE

Kota Masai, 11 September 2017 -Pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail menjadi inspirasi serta ibrah yang terbaik buat seluruh umat Islam.  Justeru, Ibadah korban telah dilaksanakan dan disambut meriah oleh  PAS cawangan Kota Masai 1 pada Hari Raya Aidiladha yang pertama iaitu 1 September 2017.

 Selepas mengerjakan solat Jumaat, sembelihan empat ekor lembu dan seekor kambing untuk akikah telah disempurnakan oleh Al-Fadhil Ustaz Khirul Muntanazar Ismail selaku YDP PAS Kawasan Tebrau merangkap Timbalan Ketua Dewan Ulama PAS Johor.

Majlis ini bukan sahaja meraikan warga tempatan, namun kehadiran warga asing yang bekerja di sini turut diraikan. Selain itu, majlis diserikan lagi dengan penyampaian tazkirah ringkas oleh Al-Fadhil Ustaz Khirul Muntanazar Ismail.

Majlis diakhiri dengan agihan daging kepada orang awam. Kira-kira jam 5.15 petang majlis selesai dan orang ramai bersurai.

{jathumbnailoff}