Home Artikel PAS Sarawak

PAS Bintulu Pastikan Golongan Muallaf Tidak Disisih

188 views
SHARE

Bintulu- 4 Jun 2017. PAS Bintulu komited meneruskan program tahunan di bulan Ramadhan dengan menziarahi golongan muallaf di sekitar Bintulu. Kebanyakan mereka berada di rumah-rumah panjang yang berdekatan yang tinggal bersama keluargan mereka. Biarpun mereka berlainan agama daripada ahli keluarga mereka yang lain, ini tidak menjadikan mereka didiskriminasi oleh masyarakat sekitarnya. Malah, kerukunan antara satu sama lain jelas terpancar dimana masyarakat di rumah panjang akan berasa gembira apabila dapat memberi maklumat sekiranya terdapat golongan muallaf di rumah panjang mereka.

Program tahunan PAS Bintulu ini memberi makna kepada golongan ini dan menjadikan mereka tidak merasa disisihkan malah sangat gembira kerana mereka turut merasa kenikmatan bulan Ramadhan melalui program sedemikian. Malah masyarakat rumah panjang juga turut merasa gembira dan terharu kerana ini membuktikan PAS tidak sekali mengasingkan masyarakat bukan Islam dan Islam kerana buktinya PAS sentiasa turun padang terutama ke rumah-rumah panjang sekitar Dun Jepak, Samalaju dan Kakus untuk menghubungkan masyarakat pelbagai pegangan agama.

Turut sama menyampaikan sumbangan ini adalah Yang Di Pertua PAS Bintulu Tuan Hj Khairul Ismail,  Mantan Calon PAS Dun Samalaju Sdr.Zharudin Narudin dan Ketua Pemuda PAS Bintulu Sdr.Fiderus Husaini serta ahli-ahli PAS Bintulu. Rombongan PAS Bintulu meneruskan program sumbangan ini kepada golongan fakir dan miskin sekitar Dun Jepak dan Samalaju.

 

{jathumbnail off}