Home Artikel PAS Perak

PAS Bantu Sediakan Kelengkapan Sekolah

24 views
SHARE

PAS Bantu Sediakan Kelengkapan Sekolah
Oleh : Zulhafeez Ahmad Zahidi

TAMBUN: Hasil sumbangan orang ramai yang memberikan kepercayaan PAS Dun Manjoi telah berjaya membantu 200 orang pelajar untuk membeli keperluan barangan sekokah di bawah program ” Back To School 2018″.

Program tahunan yang diadakan tersebut diadakan bagi meringankan beban keluarga tidak berkemampuan menyediakan keperluan sekolah tanpa mengira latar belakang bangsa dan agama.

Ketua Pemuda PAS Tambun, Ustaz Hafez Sabri berkata PAS berusaha membantu rakyat terutama dalam situasi ekonomi yang tidak menentu bahkan beliau berpandangan kepercayaan masyarakat pada PAS menyelami keperitan rakyat semakin terbukti.

Tambahnya, sumbangan orang ramai dalam membantu menjayakan program itu memberikan satu suntikan semangat agar golongan tidak berkemampuan dibantu sebaiknya.

Program yang berlangsung di Pasaraya Mydin Manjoi tersebut turut dibantu oleh penggerak PAS Kawasan Tambun dengan penuh komitmen dari semua pihak.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada pihak-pihak yang membantu dan berharap ianya akan menjadi saham di akhirat kelak.