Home Kenyataan Media PAS Kedah

PAS Alu-alukan Kehadiran IKATAN ke Kedah

580 views
SHARE

PAS Kedah mengalu-alukan kehadiran Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) yang telah berjaya mengembangkan sayapnya ke bumi Kedah. PAS melihat perkembangan politik ini sebagai suatu yang positif dalam ruang rangka demokrasi yang dibenarkan oleh Perlembagaan Malaysia. Apabila rakyat diberikan kebebasan berpatisipasi secara aman dan matang menerusi parti politik yang didokongi, maka ia adalah suatu hal yang positif terhadap masa hadapan negara.
PAS berbangga kerana mempunyai rakan kongsi (IKATAN) yang aktif membela dan menyatukan rakyat Malaysia; dalam waktu yang sama menghormati matlamat perjuangan rakan yang lain dalam Gagasan Sejahtera.
Matlamat PAS adalah jelas iaitu meletakkan Islam sebagai asas dalam hal urusan bernegara, bahkan meyakini hanya dasar Islam mampu membawa rakyat ke arah tamadun insaniah yang cemerlang, saksama dalam pengagihan sumber ekonomi, di samping bertekad membangunkan negara berpaksikan syariah.
Hakikatnya, penubuhan IKATAN Kedah bakal menyemarakkan angin perubahan politik rakyat di Negeri Jelapang Padi ini, khususnya dalam menghadapi PRU 14 melalui blok politik Gagasan Sejahtera.
Tahniah IKATAN Kedah!
Dr. Ahmad Fakhrudin bin Sheikh Fakhrurazi

Pesuruhjaya PAS Kedah.
25 November 2017