Home Artikel PAS Johor

PAR N53 Dun Benut Menyantuni Masyarakat Siri-6

80 views
SHARE

PONTIAN- Program Ziarah Mahabbah anjuran Pusat Aduan Rakyat (PAR) Parlimen Pontian & DUN Benut yang telah memasuki siri ke- 6 kali ini diadakan di sekitar kawasan Parit Markom, Benut pada 20 Januari lalu.

Program yang bermula pada 3 petang itu dihadiri oleh Mohd Firdaus Jaffar selaku Penyelia PAR N53 DUN Benut untuk menyantuni masyarakat setempat.

PAR N53 DUN Benut memulakan ziarah mahabbah ini dengan berkunjung ke rumah imam Pt. Madirono yang merupakan bekas Ketua UMNO. Seterusnya berkunjung ke rumah kedua yang merupakan penyokong dan ahli PAS yang mempunyai masalah kesihatan.

Sebelum berakhir, PAR N53 DUN Benut menziarahi seorang veteran PAS yang sakit lantaran usianya yang mencecah 82 tahun namun masih istiqamah dalam menyokong perjuangan PAS.

Menurut Penyelia PAR N53 DUN Benut, Mohd Firdaus Jaffar, “PAS komited membantu golongan yang memerlukan tanpa mengira latar belakang politik dan kaum serta mengharapkan orang ramai terus memberi keyakinan kepada PAS menjadi pemimpin mereka di masa hadapan”.