Home Artikel PAS Johor

PAR Dun Benut : Ziarah Mahabbah Siri ke-5

86 views
SHARE

BENUT – Siri ziarah mahabbah ke sekitar Benut telah diteruskan lagi pada 13 Januari yang lalu. Program anjuran PAR Dun Benut ini turut mendapat kerjasama Lajnah IT Kawasan Pontian.

Sementara itu, PAR Dun Benut telah diwakili oleh Mohd Firdaus B.Jaffar manakala PAR Parlimen Pontian diwakili oleh Prof.Dr. Hj. Baharom Mohamad.

Selain itu, diantara program yang telah berlangsung pada sebelah pagi ialah Program Sarapan Pagi Bersama Masyarakat Setempat dan ziarah al- malak. Malah, pihak penganjur turut meluangkan masa untuk membacakan doa disetiap rumah yang dikunjungi.

Usai solat zohor, program ziarah al-malak disambung serta diikuti dengan ceramah kelompok pada sebelah malam.