Home Artikel PAS Selangor

Muslimat Serdang Perkukuh Pemahaman WINS

104 views
SHARE

BANGI, 27 Januari 2018 – Ketua Halwa Jawatankuasa Pilihanraya Kawasan (JPRK) Serdang, Puan Aisyah Misman telah mengalu-alukan kehadiran peserta Bengkel Explore WINS dan Dokumen Hijau yang diadakan di Seksyen 4 Bandar Baru Bangi hari ini.

Ucapan dimulakan dengan bacaan surah Al Anfal ayat 59 sebagai pembakar semangat kepada peserta.

Dalam ucapannya, Puan Aisyah telah mengingatkan peserta agar meningkatkan persiapan fizikal, mental dan spritual .

Dari segi mental, mereka perlu memahami dan menguasai tawaran PAS yang terdapat dalam Dokumen Hijau (DH) dan Wawasan Induk Negara Sejahtera (WINS).

Semua ahli juga perlu mempersiapkan aspek spritual untuk menghadapi musuh Islam sama ada yg di kanali atau tidak dikenali dengan mengamalkan zikir dan munajat.

Selain itu, para peserta juga diminta untuk menyebarluaskan pamplet berkaitan tawaran PAS kepada rakyat Malaysia yg diberi semasa aktiviti ziarah.

Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Serdang ini juga mengingatkan peserta untuk mengagihkan borang senarai semak amalan harian kepada ahli cawangan sebagai satu mekanisma perlaksanaan arahan secara jama’i.

Disamping itu juga, beliau telah meminta semua yang hadir mengaktifkan gerak kerja K10.

Bagi menjayakan aktiviti ini, bilangan petugas perlu ditambah dan di daftarkan pada ketua Halwa JPrD.

Segala usaha dan ikhtiar harus dilakukan sehabis baik bagi memastikan kemenangan berpihak kepada pas secara khusus dan kepada islam secara amnya.