Home Artikel PAS Sarawak

Muslimat Petra Jaya Komited Menyebarkan Agenda Dokumen Hijau

56 views
SHARE

Oleh: Zara Adeela bt Arif

Petra Jaya, 21 Jan: Dokumen Hijau merupakan gagasan Parti Islam SeMalaysia (PAS) dalam menyelesaikan permasalahan ekonomi Negara.

Tiga isu utama menjadi perhatian di dalam Dokumen Hijau ini iaitu Goods and Services Tax (GST), nilai mata wang dan kos sara hidup.

Menurut Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Petra Jaya (DMPKPJ), Puan Habsah bt Bujang, tiga isu ini sewajarnya diangkat kerana kesannya telah dirasai segenap masyarakat.

Bagi memastikan setiap masyarakat faham agenda yang cuba dibawa oleh PAS, Ketua Penerangan DMPKPJ, Wanee bt Doni, telah mengambil inisiatif bersama ahli DMPKPJ untuk membuat sebaran risalah berkaitan Dokumen Hijau ini di sekitar Petra Jaya.

Dokumen Hijau ini bukan sahaja mengangkat isu yang menjadi igauan masyarakat, tetapi turut hadir bersama cadangan-cadangan yang bernas bagi mengatasi setiap masalah yang difokuskan.

Menurut Wanee bt Doni lagi, sebaran ini sangat penting agar gagasan Dokumen Hijau yang dibawa oleh PAS ini difahami oleh masyarakat.

Selain itu, agenda yang dibawa di dalam Dokumen Hijau juga dapat memberi keyakinan kepada masyarakat bahawa PAS juga mampu memimpin Negara.