Home Artikel PAS Pulau Pinang

Muslimat PAS Nibong Tebal Agih Infak Ramadhan pada Golongan MOSWAY

188 views
SHARE

 NIBONG TEBAL, 8 JUN 2017: Lajnah Kebajikan Dan Kemasyarakatan (LKK) Dewan Muslimat PAS Kawasan Nibong Tebal (DMPKNT) hari ini telah mengadakan program Penyerahan Infak Ramadhan kepada 50 orang MOSWAY (Miskin, Oku, Sakit, Warga Emas, Armalah (ibu tunggal) dan Yatim di sekitar kawasan Nibong Tebal.

Penyerahan sumbangan yang berbentuk wang tunai dan barangan dapur ini dipecah kepada dua DUN iaitu DUN Sungai Acheh (N21) dan DUN Sungai Bakap (N20). Penyerahan sumbangan ini dilakukan secara berkumpulan mengikut upu di kedua-dua DUN. Manakala DUN Sungai Acheh dibahagikan tiga kumpulan dan empat kumpulan di DUN Sungai Bakap.

Turut hadir YDP Kawasan Nibong Tebal, Tn Hj Mohamad bin Ahmad juga Pn Norli Yusuf selaku ketua DMPKNT serta ahli jawatankuasa kuasa muslimat yang lain.

 

Program tahunan ini bertujuan untuk berkongsi rezeki dengan yang kurang berkemampuan serta sentiasa cakna dan mengambil tahu kesusahan hidup masyarakat sekitar.

Pn Norli melahirkan harapan agar program ini dapat menjinakkan hati masyarakat setempat supaya terasa dekat dengan PAS dan seterusnya dapat menerima PAS untuk mengantikan umno sebagai parti pemerintah. Semoga sumbangan yang diberikan walaupun sedikit dapat mengurangkan bebanan hidup yang ditanggung terutama dalam keadaan harga barang yang terus meningkat. Tambah beliau lagi “semoga dengan sumbangan ini dapat memberi sedikit keceriaan kepada yang kurang berkemampuan.

Manakala ketua LKK, Pn Rozita Zakaria melahirkan rasa syukur kerana program ini berjalan dengan lancar seperti yang dirancang.

 

Ucapan terima kasih dan tahniah juga turut disampaikan oleh YDP, Tuan Hj Mohamad Ahmad diatas komitmen yang ditunjukkan oleh ahli jawatankuasa muslimat.

Program yang bermula jam 8.30 pagi dan berakhir 12.30 tengahari itu tadi mendapat maklum balas yang sangat memberangsangkan. Para menerima sumbangan begitu gembira dan terharu diatas kunjungan muslimat sehingga ada yang mengalirkan air mata. Jawatankuasa muslimat berharap program sebegini dapat diteruskan di masa-masa akan datang.

 

{jathumbnail off}