Home Artikel PAS Johor

Muslimat Johor Anjur Taklimat Dokumen Hijau Dan WINS.

167 views
SHARE

Bandar Baru Uda – Taklimat Dokumen Hijau & Wawasan Induk Negara Sejahtera(WINS) anjuran Lajnah Penerangan & Hubungan Media( LPHM) Dewan Muslimat Pas Negeri Johor telah diadakan di Pejabat PAS Bandar Baru Uda(BBU),Johor Bahru baru -baru ini pada 29 Januari 2018.

Taklimat bagi Zon 1 melibatkan daerah Johor Baru, Pulai, Kulai, Tebrau dan Gelang Patah ini diadakan untuk mempertingkatkan lagi kefahaman para muslimat di semua peringkat berkenaan perkara yang terdapat di dalam Dokumen Hijau dan Wawasan Induk Negara Sejahtera(WINS) supaya penerangan dan pencerahan mengenai kedua-kedua tawaran PAS ini dapat disampaikan dengan penuh yakin kepada rakyat Malaysia dan orang awam.

Penganjuran program yang cukup bermakna ini dimulakan dengan Bacaan Ummul Kitab dan Lagu Tema PAS. Diikuti taklimat yang disampaikan kepada peserta oleh Normala Sudirman , Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Negeri Johor dan Hjh.Sabariah Binti Mohd.Amin, selaku Timbalan Pengerusi Lajnah.

Pembentangan tentang Wawasan Induk Negara Sejahtera (WINS) dan Dokumen Hijau dihayati dengan penuh minat oleh semua peserta berakhir sekitar jam 11 malam.

Semoga taklimat yang disampaikan akan dapat dimanfaatkan oleh semua peserta agar dapat terus memberikan keyakinan bahawa PAS ada tawaran dan solusi terbaik untuk rakyat .

Diketuai oleh Normala Sudirman,Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Negeri Johor,para peserta mengabadikan kenangan sambil memegang buku Dokumen Hijau dan Buku WINS serta risalah penerangan.
Para peserta menyanyikan lagu rasmi PAS bagi menyemarakkan semangat perjuangan.
Antara peserta yang hadir tekun mendengar taklimat
Normala Sudirman menyampaikan taklimat berkaitan Wawasan Induk Sejahtera Negara(WINS) kepada para peserta
Pimpinan LPHM DMPNJ mengabadikan kenangan bersama Pn Habibah Husin,isteri Pesuruhjaya PAS Negeri Johor seusai program.