Home Artikel PAS Kelantan

MPKB lupus barang larangan

4 views
SHARE

MAJLIS Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI) melupuskan barangan yang dilarang penjualannya seperti sisha dan minuman keras di negeri ini selaras dengan peraturan kerajaan negeri.

Yang Dipertua MPKB-BRI, Datuk Zamri Ismail berkata, nilai rampasan yang dianggarkan sebanyak RM100,000 berupa barangan sisha, minuman keras termasuk meja, kerusi dan barangan lain.

Menurutnya, pihak berkuasa tempatan (PBT) sebagai agensi pelaksana terhadap dasar kerajaan negeri yang hanya memberi kelulusan menjual minuman berkenaan kepada kedai tertentu di sekitar Kota Bharu.

“Bahkan penguatkuasaan ini masih lagi berjalan dan mana-mana kedai makan yang menjual sisha bila kita dapat tahu, kita akan tarik lesen perniagaan dia sebab sisha merupakan barangan larangan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyaksikan operasi pelupusan 1,221 barangan sisha serta minuman keras di Kompleks MPKB-BRI Panji dekat sini pagi tadi.

Turut hadir semua Ahli Majlis MPKB-BRI yang diketuai oleh Ketua Whipnya, Muhammad Azmi Nor; Setiausaha MPKB-BRI, Nik Mohamed Noor Nik Ishak dan seluruh ketua jabatan MPKB-BRI.

Dalam pada itu sebanyak 2,428 botol besar, 2,320 botol kecil dan 209 tin minuman keras dirampas sepanjang tahun 2016 akan dimusnahkan di tapak pelupusan MPKB-BRI yang terletak di Kampung Telong Bachok. – HARAKAHDAILY 3/10/2017