Home Artikel PAS Kelantan

MPKB-BRI susun atur pembangunan bandar

11 views
SHARE

MAJLIS Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) mengetengah draf rancangan pembangunan tempatan bagi menyusun atur bandar Kota Bharu.

Yang Dipertua MPKB-BRI, Dato’ Zamri Ismail berkata, draf rancangan tersebut akan dipamerkan di pejabat MPKB-BRI, Jabatan Pelan Malaysia dan Pejabat Tanah dan Jajahan Kota Bharu. (Foto: Zamri Ismail mencuba melukis mural di dinding.)

Katanya, tempoh sebulan diberi kepada penduduk untuk terlibat dalam penyediaan Rancangan Pembangunan Tempatan yang bermula 14 November ini.

Menurutnya, semua cadangan dan bantahan akan diterima terhadap draf yang melibatkan enam isu termasuk lalulintas, landskap, kawasan lapang, perbandaran dan.

“Bermula 14 November hingga 15 Disember, kita memberi masa kepada penduduk untuk memberi cadangan serta bantahan kepada penyediaan Rancangan Pembangunan Tempatan.

“Orang ramai boleh memberi cadangan, bantahan dan ulasan terhadap draf tersebut,” katanya pada majlis perasmian projek mural grafiti di Kota Bharu hari ini.

Projek mural itu dilaksana pelajar-pelajar UiTM di Jalan Ismail Hilir. Turut dihadiri Rektor UiTM Cawangan Kelantan, Dr Tuan Mohd Rosdi Tuan Hassan dan Ketua Whip Majlis MPKB-BRI, Muhammad Azmi Nor. – HARAKAHDAILY 2/11/2017