Home Artikel PAS Selangor

Mooncake Festival Pupuk Keharmonian Kaum di Serdang

10 views
SHARE

SERDANG – Ketua Muslimat PAS Serdang merangkap Ahli Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) Zon 22, Puan Hamsatul Hamzah telah menganjurkan “Mooncake Festival” di Dewan Orang Ramai Fasa 6, Taman Bukit Mewah ahad lepas.

Program bersempena perayaan kuih bulan ini telah dirasmikan oleh YB Ustaz Shafie Ngah, ADUN Bangi yang juga merupakan YDP PAS Serdang. 

“Mooncake Festival” ini merupakan alternatif untuk merapatkan hubungan antara kaum terutama buat masyarakat yang tinggal di Parlimen Serdang.

Pelbagai acara menarik telah diadakan antaranya pertandingan mewarna bagi kanak-kanak, sukaneka, pertandingan kaligrafi cina dan pertandingan mereka tanglung yang terbuka kepada semua lapisan umur.

Kelihatan para pengunjung yang terdiri daripada bangsa melayu dan india begitu teruja apabila diberi peluang untuk menulis sendiri kaligrafi cina.

Edaran kuih bulan juga dibuat untuk semua pengunjung yang hadir dan masyarakat setempat.

Puan Hamsatul merakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang menjayakan program kali ini terutama masyarakat Tionghoa kawasan Taman Bukit Mewah yang sanggup berkongsi keunikan budaya mereka dengan kaum lain