Home Artikel PAS Selangor

Mock Election : Persediaan PAS Serdang Hadapi PRU14

180 views
SHARE

Oleh: Wan Noor Aziezan

BANGI- Ekoran tarikh Pilihanraya Umum ke-14 (PRU-14) yang boleh berlaku bila-bila masa dalam masa terdekat, PAS Kawasan Serdang telah mula mempersiapkan petugas dikalangan ahlinya dengan ilmu pilihanraya.

Sehubungan itu, satu mock election telah dianjurkan oleh Jentera Pilihanraya Kawasan (JPrK) Serdang di 5 daerah tempat mengundi yang dipilih.

Dalam program kali ini, pihak jawatankuasa telah mengadakan simulasi pilihanraya bagi mendedahkan petugas dengan situasi sebenar yang akan berlaku dalam pilihanraya akan datang.

Mereka juga telah diberi penerangan berkenaan peranan dan hak masing-masing yang selari dengan undang-undang pada hari kejadian.

Komitmen yang ditunjukkan petugas telah membuktikan bahawa PAS Serdang telah bersedia untuk menghadapi PRU-14 sama ada di peringkat Parlimen Serdang dan DUN-DUN dibawahnya.