Home Artikel PAS Sarawak

Misi Bantuan Muslimat PAS Batang Lupar Bersama Mangsa Banjir Sebuyau

165 views
SHARE

Oleh: Iffah Hurriyyah binti Muhaimin

Sebuyau,12 Feb : Pasukan konvoi bantuan banjir oleh muslimat PAS Batang Lupar yang melibatkan enam buah kenderaan termasuk kenderaan pacuan empat roda membawa sumbangan untuk 99 buah keluarga di sini.

Kampung-kampung yang terlibat adalah Kampung Seruyuk khasnya serta Kampung Seberang Sebuyau yang mana penduduknya adalah Melayu Muslim yang majoritinya adalah nelayan dan terjejas pencarian sumber rezeki mereka akibat bencana ini.

Program selama dua hari satu malam ini melibatkan pengagihan sumbangan yang terdiri daripada keperluan makanan asas seperti beras dan air mineral beserta pakaian-pakaian terpakai buat keluarga-keluarga yang memerlukan.

Sumbangan daripada individu-individu prihatin dari seluruh pelosok bumi Darul Hana ini merupakan tonggak utama dana bagi misi kemanusiaan ini.

Jentera muslimat PAS Batang Lupar ini juga turut membantu bergotong-royong membersihkan Masjid Seruyuk yang merupakan pusat pemindahan mangsa-mangsa banjir sebelum ini.

Penduduk-penduduk kampung terharu dan bersyukur dengan sumbangan yang telah mereka terima dari PAS.