Home Artikel PAS Pahang

MISI BANTUAN BENCANA BANJIR PULAU PINANG; HARI TERAKHIR

11 views
SHARE

Pulau Pinang, 14 November : Misi bantuan hari ini diteruskan dengan membungkus barang keperluan asas makanan sebanyak 340 bungkus untuk diagihkan ke sekitar rumah yang masih lagi belum menerima bantuan sumbangan barang asas makanan.

JAMKK sempat mengagihkan sebanyak 130 bungkus barang bantuan di sekitar Kg. Samagagah walaupun dengan suasana hujan turun.

Tugasan terakhir juga mengemas dan mencuci sekitar kawasan Masjid Batu yang telah menjadi markas pusat pengurusan banjir Permatang Pauh kerana hari ini pusat pengurusan banjir ini telah ditutup.

JAMKK akan bergerak pulang pada keesokan pagi dan akan bermalam di Kulim selepas Ceramah Perdana bersama PJ Pas Pahang di sana pada malam ini.

JAMKK juga akan bersiap sedia memberikan bantuan bencana banjir sepanjang musim tengkujuh ini untuk seluruh Malaysia.

Sumbangan anda amat dialu-alukan bagi melancarkan segala gerak kerja kami. Boleh salurkan sumbangan anda ke akaun rasmi kami seperti berikut;

Maybank DANA KEBAJIKAN AMAL KUANTAN – 556226411916.

Hubungi talian yang tertera untuk maklumat lanjut;

013-9733823 (Tuan Quddus, Komandan)
019-9960251 (Hilmi Ismail, Bendahari)