Home Artikel PAS Selangor

Menteri jilat semula ludah sendiri

114 views
SHARE

Di sebalik memperlekeh usaha Kerajaan Negeri Selangor menyelesaikan masalah perumahan di negeri ini, Menteri KPKT, Tan Sri Noh Omar terpaksa menggunakan kepakaran Kerajaan Negeri Selangor untuk menyelesaikan masalah pengurusan kediaman berstrata.

Di dalam Konvensyen Nasional JMB/MC peringkat kebangsaan pada 7 Oktober ini, wakil dari Selangor telah dijemput untuk membentangkan kaedah untuk menangani masalah penduduk yang enggan membayar caj penyelengaraan.

Wakil Selangor, Puan Siti Rosmawar bt Mohd Sahi, Ketua Jabatan COB, Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) akan berkongsi pengalaman MPKj membantu JMB dan MC yang berhadapan dengan penduduk yang degil menerusi kaedah penyitaan.

Kerajaan Negeri mengalu-alukan jemputan tersebut dan sentiasa bersedia bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan demi kebaikan rakyat.

Sebelum ini Kerajaan Negeri telah membenarkan projek-projek perumahan Kerajaan Persekutuan seperti PR1MA dan PPA1M menikmati insentif yang sama seperti Rumah Selangorku.

Walau bagaimanapun Menteri tersebut terus menyerang Kerajaan Negeri maka beliau seolah-olah menjilat semula ludah beliau apabila menggunakan kepakaran Kerajaan Negeri.

YB Dato’ Iskandar Abdul Samad
Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Kehidupan Bandar
Negeri Selangor
6 Oktober 2017