Home Artikel PAS Johor

Menghayati Sambutan Maulidurrasul 1439H

55 views
SHARE

PONTIAN : Lebih 80 tetamu muslimat di sekitar Benut hadir meraikan Sambutan Maulidur Rasul 1439H yang dianjurkan oleh Dewan Muslimat PAS Pontian bertempat di Balai Islam Parit Markom, Benut pada 19 Januari lalu.

Selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W menjadi pembuka majlis. Tetamu juga dihiburkan dengan persembahan nasyid dari kumpulan Assabiqat yang terdiri daripada Muslimat PAS kawasan Benut.

Majlis diserikan lagi dengan kehadiran Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Johor, Ustazah Fatimah Ismail yang menyampaikan ceramah bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul. Memetik ucapannya, beliau mengajak para tetamu agar mengambil ibrah dalam perjuangan Rasulullah dan menegaskan peranan muslimat sangat besar dalam membantu perjuangan baginda.

Selain itu, turut menyertai barisan kehormat, Pn Zabedah Hassan selaku Bendahari Dewan Muslimat Negeri Johor telah memeriahkan lagi slot kuiz spontan. Majlis telah berakhir pada pukul 5 petang dan tetamu dijemput menikmati jamuan ringkas.

Persembahan dari kumpulan nasyid Assobiqat
Tetamu muslimat yang hadir

 

Pn. Zabedah( kiri) menyampaikan cenderahati kepada penceramah