Home Artikel PAS Perak

Isu Rakyat l Masyarakat Luar Bandar Perlukan Perhatian

19 views
SHARE

Masyarakat Luar Bandar Perlukan Perhatian

BAGAN SERAI: Kemudahan kepada masyarakat luar bandar masih memerlukan perhatian sewajarnya dalam meneruskan kehidupan seharian.

Perkara tersebut disuarakan hasil tinjauan dan ziarah Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria bersama jentera PAS Bagan Serai di Kampung Pandak Puteh, 20 November.

Katanya, rakyat layak menikmati segala kemudahan dijanjikan kerajaan walaupun di rakyat luar bandar.

Menurut Razman, kebajikan yang diberikan kepada masyarakat tidak hanya pada musim-musim tertentu sahaja terutama pada musim pilihanraya tetapi perlu diberikan kerana itu tanggungjawab oleh dipilih rakyat.

“Dalam situasi ekonomi semasa negara yang tidak menentu, masyarakat luar bandar terpinggir kebiasaanya bahkan terasing di negara sendiri.

“Begitu juga peluang pekerjaan bagi golongan muda yang terbatas kerana tiada pembangunan modal insan diusahakan.

“PAS terus berusaha menyantuni masyarakat setempat serta mengambil peluang mendengar pandangan dan harapan mereka untuk generasi akan datang,” ujarnya.

Razman turut menyatakan beberapa kemudahan awam yang perlu diberikan perhatian seperti perhentian bas di bahu jalan utama dengan lebih selamat untuk kegunaan masyarakat setempat.

Tambahnya, penyediaan kiosk-kiosk Pejabat Pos boleh memudahkan urusan masyarakat tempatan bagi menguruskan pembayaran bil dan lain-lain tanpa perlu pergi pusat bandar.

Beliau berkata, Maktab Rendah Sains Mara yang pernah dijanjikan satu ketika dahulu sehingga kini tidak menampakkan hasilnya bahkan ia sekadar sebuah janji semata-mata.

“Biarpun pelbagai pembangunan luar bandar di Bagan Serai telah diusahakan namun ianya tidak seimbang dengan pembangunan bandar bahkan jauh berbeza sedangkan cukai dibayar oleh semua seperti GST.

“Bagaimana peruntukan yang diberikan kepada wakil rakyat dan kementerian berkaitan dimanfaatkan sebaik mungkin untuk kepentingan rakyat.

“Kemudahan awam yang asas bagi rakyat masih lagi tidak diberikan perhatian sebaiknya walaupun negara sudah lebih 50 tahun mencapai kemerdekaan,” ujarnya.

Razman menegaskan bahawa PAS melalui WINS2051 berusaha merangka plan pembangunan insan dan pembangunan fizikal yang menyeluruh berdasarkan penyelesaian Islam.

Justeru beliau optimis PAS mampu menarik keyakinan rakyat supaya memberi kepercayaan dalam PRU akan datang.