Home Artikel PAS Pulau Pinang

Mangsa Ribut : Terima Kasih Jabatan Amal

96 views
SHARE

Oleh : Muhd Hafiz bin Ilyas Albaghoni

KEPALA BATAS , 11 Januari – Jabatan Amal Malaysia Negeri Pulau Pinang membantu mangsa ribut yang melanda Kampung Paya Keladi Hujung di sini semalam .

Pengarahnya Baharin Bin Ahmad menyatakan bentuk bantuan yang diberikan adalah seperti membersihkan kawasan sekitar rumah-rumah penduduk kampung terjejas dengan pokok-pokok yang tumbang akibat bencana tersebut .

Selain itu sebuah premis PASTI adalah paling teruk mengalami kerosakan . Kos kemusnahan masih dalam siasatan . Menurut Baharin lagi , beliau telah mengerahkan semua anggota Amal seluruh Negeri turun bergotong-royong untuk operasi pembersihan PASTI hari ini .

Lebih dari 30 Anggota Amal Negeri Pulau Pinang yang terlibat untuk operasi kali ini . Operasi bermula sekitar jam 8 malam semalam berakhir 6 petang tadi .

Penduduk tempatan dan pihak pengurusan PASTI tersebut mengucapkan ribuan terima kasih kepada Jabatan Amal kerana membantu membersihkan kawasan mereka yang terjejas akibat bencana ribut .

Sementara itu , berikutan dengan kerosakan teruk Pusat Pengajian Pra-Persekolahan Islam tersebut , orang ramai boleh menyalurkan bantuan kewangan bagi membaiki segala kerosakan supaya dapat beroperasi semula seperti sedia kala . Maklumat lanjut boleh menghubungi Shukri di talian 01110608823 .