Home Artikel PAS Kedah

Majlis Himpunan & Munajat Selamatkan Bukit [email protected]

87 views
SHARE

SIK- Banyak sekali isu alam sekitar berbangkit apabila 357 hektar hutan simpan akan terbabit dalam projek ECRL. Bagaimanapun 1,000 hektar yang telah digondol di Bukit Enggang adalah satu isu kecil bagi UMNO dan kerajaan negeri Kedah.

PAS Kawasan Sik dan Lajnah Asas Tani dan Alam Sekitar (LATAS) menganjurkan Majlis Munajat semalam, 28 November 2017. Solat munajat diimamkan oleh Timbalan Pesuruhjaya II PAS Negeri Kedah, Brig. Jen. (B) Dato’ Ustaz Najmi bin Haji Ahmad.

Turut hadir, Pengerusi LATAS Pusat dan Kedah Tuan Haji Muhammad Sanusi Md Nor dan Bendahari PAS Negeri Kedah, Tuan Haji Muhamad Sobri bin Osman. Sehari sebelum munajat dilakukan, memorandum LATAS, PAS Kedah, dan Jawatankuasa Khas Selamatkan Bukit Enggang PAS Kawasan Sik telah diserahkan kepada YAB Menteri Besar Kedah, CEO Menteri Kedah Incoporated (MBI), Jabatan Perhutanan, dan Jabatan Alam Sekitar.